Beliau turut memohon maaf kepada seluruh kerabat diraja Johor atas kenyataan yang dibuatnya Khamis lalu.

“Patik mengaku kenyataan tersebut menggunakan susunan bahasa yang tidak sesuai dan melanggar norma rakyat Johor yang sopan santun.

“Niat patik menulis kenyataan itu hanyalah untuk menarik perhatian Tunku (Tunku Ismail) berhubung pertukaran status Pulau Kukup dan bukan bertujuan menyinggung perasaan apatah lagi menderhaka,” katanya.

Beliau membuat permohonan maaf itu dalam laman Facebook miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE