Aktivis dan juga peguam tersebut, Fadiah Nadwa Fikri dikatakan membuat kenyataan berkenaan dalam portal berita Malaysian Digest bertajuk ‘Aktivis Pakatan Gesa Mansuh Sistem Beraja, Dakwa Sistem Monarki Sudah Lapuk’ yang diterbitkan semalam.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, beliau menyedari kenyataan dibuat peguam terbabit semalam dan menganggap ia secara jelas telah melanggar Akta Hasutan 1948, Seksyen 121 dan 121B Kanun Keseksaan.

“Kenyataan dibuat Fadiah Nadwa berunsur hasutan dan berniat jahat untuk mempengaruhi rakyat dalam usaha untuk menghapuskan kuasa dan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yand Dipertuan Agong sebagai ketua utama negara.

“Kami gesa PDRM mengambil tindakan secepat mungkin terhadap individu ini kerana boleh menjejaskan sistem perlembagaan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Komuniti Putra, dekat sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE