DATUK SERI ANIFAH AMAN
DATUK SERI ANIFAH AMAN 

Apabila Anifah memimpin UMNO Kimanis, perjuangannya adalah untuk anak-anak negeri kerana jelas, beliau tidak mahu pada masa akan datang, anak-anak Sabah bertuankan mereka yang tidak sepatutnya diangkat sebagai ‘tuan’.

Luahan rasa Anifah dicoretkannya di dalam media sosial, Facebook Anifah Aman yang mana, dengan jelas catatannya, keputusan untuk keluar UMNO dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan rakan-rakan di dalam parti yang sama terutamanya UMNO Kimanis.

Catat Anifah lagi, beliau tidak mahu mempengaruhi sesiapapun untuk mengikut jejak langkahnya. Bagaimanapun, dalam diri pemimpin kebanggaan anak-anak Sabah ini, hatinya bulat untuk terus berjuang mendapatkan hak-hak Sabah dan sekaligus, hak anak-anak negeri.

CATATAN dari Facebook Anifah Aman
 

“Saya sayang pada UMNO dan saya tidak pernah menganggotai mana-mana parti. UMNO ialah parti pertama saya.

“Setelah memikirkan dengan mendalam, saya berpendapat UMNO tidak mungkin dapat menunaikan tuntutan rakyat Sabah sewaktu berkuasa. Apa tah lagi, sudah hilang kuasa,” catatnya.

Sebagai pemimpin, Anifah secara terbuka memberitahu, beliau tidak mahu membiarkan anak-anak Sabah menjadi pendatang di negeri sendiri dan hak-ahak anak Sabah, orang lain yang lebih menikmatinya.

“Saya sudah perjuangkan waktu saya dalam UMNO dan insya-Allah, saya akan terus perjuangkan, atas izin Allah, sekalipun saya berjuang seorang diri,” catatnya. - UTUSAN ONLINE