MOHD. NORHIESAM ISMAIL
MOHD. NORHIESAM ISMAIL 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, mesej jelas yang ingin disampaikan dalam perhimpunan itu adalah gelombang rakyat akan bangkit membuak-buak sekiranya hak dan Perlembagaan Persekutuan cuba diusik serta dipermainkan.

“Kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sering melaungkan kebebasan berhimpun dan bersuara, hormatilah suara rakyat.

“Tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dan membuat pelbagai provokasi kepada peserta perhimpunan ini, jangan di depan cakap lain di belakang buat lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai rakyat yang menghormati undang-undang peserta perhimpunan itu akan berhimpun dengan aman dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Malah, katanya, mana-mana pihak juga tidak perlu bimbang kerana perhimpunan ini sudah pun mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Pihak penganjur juga telah menyediakan khidmat guaman sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua masyarakat tanpa mengira fahaman untuk menghadiri perhimpunan tersebut demi mempertahankan hak dan Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN ONLINE