"Kita nak harapkan bahawa semua tenang memang tak mungkinlah dalam politik.

"Kata- kata orang bijaksana, kalau takut dilambung ombak jangan buat rumah di tepi pantai.

"Jadi, kalau tak nak ada masalah jangan masuk politik," katanya kepada pemberita selepas pelancaran akhbar Wilayahku terbitan Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Wilayah Persekutuan di kementeriannya, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kemungkinan pergolakan yang dilaporkan berlaku membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjejaskan pakatan itu.

Selain PKR, sebuah lagi parti  gabungan Pakatan Harapan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut dilaporkan menghadapi kemelut dalaman.

Abdul Khalid yang juga Ahli Palrlimen Shah Alam daripada Parti Amanah Negara (Amanah) bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kita orang Amanah mana nak tahu pergolakan dalaman PKR," katanya. - UTUSAN ONLINE