Beliau yang tiba pada pukul 7.55 pagi diiringi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah disambut Abang Johari di luar lobi bangunan.

Selepas ini, Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dijadualkan berlepas balik ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 11 pagi nanti.

Ini adalah lawatan kali pertama Dr. Mahathir ke Sarawak sejak dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri pada 11 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE