Ng Lum Yong
NG LUM YONG

Malah, hala tuju setiap parti yang tidak sehaluan juga jelas apabila pemimpinnya tidak lagi memberi tumpuan kepada penawaran manifesto, sebaliknya hanya cuba membangkitkan kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas perkara ini, Presiden Pertubuhan Jaringan Rakyat Malaysia, Ng Lum Yong berpendapat, mungkin merasakan sokongan terhadap gabungan pembangkang PKR semakin lama semakin pudar, maka hubungan antara setiap parti dalam gabungan tersebut juga makin retak.

Antaranya menurut beliau, ada di antara kepemimpinan tertinggi gabungan berkenaan mula bergerak sendirian menyampaikan ceramah dalam usaha menonjolkan diri sendiri dengan mengelak berada sepentas bersama calon bakal Perdana Menteri sementara.

“Ada pemimpin ini merasakan semakin ramai pengundi mula menolak calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR, lalu mereka cuba menonjolkan imej sendiri demi mengaut undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Malah, krisis ini juga boleh dilihat sewaktu sesi ceramah apabila ada latar belakang pentas yang tidak diletakkan gambar sesetengah pemimpin walaupun merupakan kepemimpinan tertinggi gabungan pembangkang PKR,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau juga bekas pengasas PKR berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan politik gabungan pembangkang PKR yang menyaksikan sebahagian pemimpin tertinggi mereka memilih bergerak sendirian. - UTUSAN ONLINE