Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, matlamat UMNO perlu menang dalam perang PRU-14.

"Marilah kita satukan iltizam dan bulatkan tekad, Boleh? Boleh kita gempur dan tawan kubu-kubu musuh? Kita serang mereka! Boleh? Kita ranapkan Pakatan Harapan DAP!

"Bangun dan bangkitlah tuan-tuan dan puan-puan orang UMNO! Bersatulah seolah-olah kita tidak pernah bersatu sebelum ini. Kukuhkan solidariti, rapatkan barisan, eratkan perpaduan," kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata demikian ketika membuat ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017. - UTUSAN ONLINE