Lelaki berkenaan yang dipercayai penyokong PKR menjerit dalam bahasa Mandarin di hadapan orang ramai me-marahi tindakan Siok Hwa selain menuduh calon BN itu masih berkempen.

Kekecohan selama lima minit itu bagaimanapun berjaya diredakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Siok Hwa ketika ditemui berkata, beliau tidak melanggar sebarang arahan ditetapkan SPR.

“Saya tidak berkempan, saya membalas teguran bekas anak murid saya sahaja,” katanya. - UTUSAN ONLINE