Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penyokong adakan demonstrasi sokong keputusan Hadi

AHLI Pas mengadakan demonstrasi aman bagi menyokong Abdul Hadi
AHLI Pas mengadakan demonstrasi aman bagi menyokong Abdul Hadi Awang yang memutuskan kerjasama dengan DAP di pekarangan Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. Utusan/Sazali Che Din

PERMATANG PAUH 17 Mac – Untuk tiga minggu berturut-turut, ahli Pas negeri ini mengadakan demonstrasi aman selepas solat Jumaat bagi menyatakan sokong­an kepada Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memutuskan kerjasama dengan DAP.

Hari ini, demonstrasi aman itu juga dibuat kira-kira 30 ahli Pas di pekarangan Masjid Permatang Janggus di sini.

Wakil kumpulan berkenaan, Ibrahim Hamid berkata, mereka bersyukur kerana Abdul Hadi membuat keputusan tepat untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan PAN.

Katanya, tindakan berkenaan sebagai isyarat jelas bahawa Pas merupakan parti politik bermaruah dan tidak akan sesekali bersekongkol dengan DAP dan parti sekutunya yang hanya memen­tingkan undi kaum Cina.

“Perhimpunan aman ini juga sebagai sokongan kepada pe­mimpin parti dalam memperkasakan undang-undang syariah di negara ini tetapi cuba dihalang DAP dan parti-parti sekutunya,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman tersebut.

Dalam perhimpunan itu juga, mereka turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam DAP dan pemimpin parti berkenaan antaranya bertulis ‘Akar Umbi Pas Pulau Pinang tolak 100 peratus DAP-PAN’.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, perhimpunan aman tersebut juga bagi mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang memohon maaf kepada umat Islam di ne­geri ini ekoran pendedahan wujud campur tangan dalam urusan penfatwaan baru-baru ini.

Menurut mereka, sehingga kini, wakil kerajaan negeri khususnya barisan pemimpin Islam daripada PKR masih membisu berhubung perkara berkenaan.

“Sebab itu kita mendesak Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna Dalam Negeri dan Agama Islam negeri, Datuk Abdul Malik Kasim mengakui kesilapan berkenaan dan memohon maaf sekali gus memastikan tidak lagi wujud campur tangan dalam soal penfatwaan di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, pihaknya turut mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin Islam dalam PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan secara jelas pendirian berhubung usaha Pas memperkasa rang undang-undang syariah.

“Kami tidak faham pendirian mereka khususnya Wan Azizah berhubung perkara ini dan sebagai wakil rakyat Islam di sini, beliau sepatutnya tampil menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak pindaan rang undang-undang itu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain