Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow

Sumbangan khas hari raya itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam di sini pagi tadi.

Menurut Kon Yeow, pemberian khas membabitkan jumlah keseluruhan RM3.6 juta itu akan dibayar dua hari sebelum sambutan Aidilfitri yang dijangka 15 Jun ini.

“Semoga dengan bantuan khas ini dapat membantu semua penjawat awam membuat persiapan sempena sambutan hari raya tidak lama lagi,” katanya ketika berucap dalam majlis itu. - UTUSAN ONLINE