Ismail yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, BN memerlukan mi­ni­mum 21,000 undi daripada ke­seluruhan 51,000 undi untuk menyingkirkan Muhyiddin di kerusi berkenaan.

“Saya yakin dengan gerak kerja yang telah kita lakukan setakat ini selain sokongan tidak berbelah-bahagi pengundi putih. Kita juga yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh,” katanya dalam majlis penamaan calon BN negeri di sini hari ini.

Ismail yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang bakal bertemu dengan Muhyiddin dan anak Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed iaitu Ahmad Nawfal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara itu, Pengeru­si gabungan pembangkang­ PKR Johor yang turut ber­tan­ding di DUN Gambir akan bertemu dengan pe­nyan­dang kerusi ber­kenaan, Datuk M. Asojan (BN), selain Mahfodz.

Asojan yang juga Pe­ngerusi Badan Perhubungan MIC negeri berkata, pihaknya yakin kerusi ber­kenaan akan kekal bersama-sama BN berdasarkan rekod cemerlang dipegang parti ber­kenaan selama ini.

“Pembangkang tiada isu di Gambir, sedangkan segala pembangunan di kawasan ini adalah atas jasa kepemimpinan BN. Saya harap pengundi dapat membuat pilihan yang bijak,” katanya.