Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Idris Haron yang mengesahkan perkara tersebut berkata, mereka merancang untuk majlis itu akan diadakan di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini pada pukul 10 pagi.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak dapat mengesahkan ketika ini berhubung jumlah calon muda yang akan bertanding untuk BN pada PRU-14.

“Saya nampak mungkin akan ada ramai calon muda, tetapi saya tidak boleh mengesahkan ketika ini kerana dalam politik terdapat banyak kemungkinan, apa sahaja boleh berlaku nanti.

“Kita memang berharap supaya ramai orang muda (menjadi calon) tetapi kita tengoklah keputusannya nanti,” katanya selepas Pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Pemuda BN yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pemuda BN Melaka, Datuk Zali Mat Yasin dan pemimpin-pemimpin pergerakan Pemuda UMNO, MCA dan MIC. - UTUSAN ONLINE