MOHAMED ARSHAD RAJI
MOHAMED ARSHAD RAJI 

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, lebih mendukacitakan apabila ramai daripada kumpulan pesara itu telah menderma kepada dana kempen pilihan raya Danyal Balagopal sebaik sahaja diumumkan bertanding di Port Dickson.

“Patriot dan pesara telah berkempen untuknya serta meraikan kemenangan beliau.

“Setelah berhempas pulas memenangi kerusi itu dan kemudian mahu mengosongkannya, ia sesuatu yang mengarut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohamed Arshad, meskipun Danyal Balagopal menyatakan dirinya masih mampu berkhidmat di bawah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson, namun peranan yang boleh dimainkan adalah terhad.

“Dari segi protokal, seorang Ahli Parlimen membawa suara yang lebih besar untuk membela pesara tentera dan polis,” katanya.- UTUSAN ONLINE