MOHAMED AZMIN

Menurutnya, kemu­ngkinan itu bukan satu yang mustahil kerana Pakatan Harapan (PH) ketika ini mempunyai­ 51 orang ADUN, sekali gus membentuk dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Jadi, kalau ada individu dipilih dalam kalangan barisan Exco, maka jawatan Exco itu kena ganti. Kalau mereka yang dipilih itu bukan dalam kala­ngan Exco, maka tidak perlulah penggantian barisan Exco dilakukan.

“Mungkinlah (kebarangka­li­an­ ADUN bukan Exco dilantik jawatan Menteri Besar), tapi semuanya akan bergantung kepada keputusan perbinca­ngan antara kepemimpinan Pakatan Harapan Selangor nanti. Namun, secara pinsipnya semua parti dalam Pakatan Harapan telah bersetuju Selangor akan dipimpin oleh PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Rapat Ramadan Bersama Kakitangan Awam Selangor 2018 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin menyatakan isu penggantian jawatan Menteri Besar Selangor merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan baru-baru ini.