Soon Fatt yang telah 10 tahun bersama DAP turut mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam DAP termasuk sebagai Pengerusi DAP cawangan Chenderiang.

Beliau  dan 38 ahli DAP dari bahagian Tapah dan Kampar yang kemudiannya menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) cawangan Kampar yang ditubuhkan hari ini.

Menurutnya, keputusannya keluar parti kerana tidak boleh menerima tindakan kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim menjalinkan hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurutnya, mereka sukar untuk menerima hakikat DAP bukan sahaja bekerjasama dengan Tun Mahathir malah dipimpin oleh bekas Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

"Selama 10 tahun dalam DAP, kami melihat Tun Mahathir sebagai musuh pembangkang ekoran pelbagai tindakannya  termasuk memenjarakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hari ini beliau (Tun Mahathir) minta maaf dan senang- senang pula mereka (pemimpin pembangkang) maafkan beliau. Demi untuk kuasa, mereka maafkan dia, tapi kami tak boleh terima. Perjuangan kami ada prinsip," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis perasmian dan pembukaan Pusat Khidmat PCM bahagian Kampar disini hari ini

.Terdahulu, Pengerusi PCM  Bahagian Kampar,  Yeong Kok Ping turut menyerahkan borang keahlian 38 ahli DAP yang mahu menyertai PCM kepada itu Timbalan Pengerusi parti itu, Datuk Huan Cheng Guan. - UTUSAN ONLINE