Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hal demikian kerana hasil pertemuan khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lima bulan lalu, BN masih meletakkan kepercayaan tinggi kepada beliau.

"Tengku Razaleigh akan menyertai beberapa siri program dan penerangan ke seluruh jajahan di negeri ini memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Ini semua adalah demi rakyat Kelantan untuk melakukan perubahan kerana pentadbiran kerajaan negeri yang lemah dalam membawa pembangunan dan kemajuan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kelantan di Bangunan UMNO, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. - UTUSAN ONLINE