NOR AZAM KARAP
NOR AZAM KARAP 

Lebih menyedihkan, pihak pengurusan Singa Utara itu turut mengutamakan jurulatih daripada luar dan bukannya anak tempatan.

Isu pemain dan jurulatih itu dibangkitkan Ahmad Shukri Ramli (Pas-Sanglang) ketika sesi pembahasan Belanjawan Perlis 2019 semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, pemain-pemain luar tersebut kini sudah tidak diterima di negeri masing-masing atas faktor berkenaan.

“Perkara ini (pemain berusia) tidak boleh diterima kerana Perlis memiliki ramai pemain di bawah 18 tahun dan jurulatih yang berbakat serta boleh diketengahkan, malah mungkin dengan gaji lebih murah.

“Kita boleh menerima Presiden PFA baharu ini yang bukannya dalam kalangan anak tempatan, tetapi biarlah mempunyai semangat Perlis yang tinggi,” katanya.

Sebelum ini, PFA mengumumkan pelantikan dua bekas pemain Kelantan The Red Warriors (TRW), Mohd. Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya dan Amiridzwan Taj untuk bersama pasukan Singa Utara bagi musim depan.

Ahmad Shukri seterusnya turut berharap di bawah pengurusan baharu itu, isu gaji tertunggak musim lalu yang difahamkan telah mencecah jutaan ringgit, dapat diselesaikan segera.

Dalam pada itu, semasa sesi perbahasan sama, Nor Azam Karap (PKR-Kuala Perlis) membangkitkan janji Barisan Nasional (BN) untuk memperbanyakkan Jualan Sentuhan Rakyat jika parti itu memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Sehingga kini, rakyat tertunggu-tunggu kerana tiada lagi jualan sedemikian selepas memenangi PRU sedangkan ia terkandung dalam janji BN,” katanya. - UTUSAN ONLINE