Menurutnya, sebagai seorang bekas petani dan merupakan orang kampung di Tanjung Piai, beliau tahu betapa susahnya hidup golongan tersebut.

“Itu sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa saya dan kebetulan apabila Pakatan Harapan menang saya dilantik sebagai Menteri Pertanian. Ia memang gimik, gimik itu adalah idea kita bersama-sama. Setiap program mempunyai gimiknya sendiri.

“Tapi bila ia ditayangkan, ia ‘real’. Bila ia ‘real’ ia mempengaruhi emosi saya, Wak Ibas, wajah dia, ketuaan dia, dia naik motosikal, habis minyak tengah jalan, tumpang Hilux, sampai ke kementerian nak beri surat kepada saya.

“Itu adalah aspirasi,” katanya kepada pemberita pada program SWM Kasih Misi Sampul [email protected] Malaysia di Taman Tasek di sini sebentar tadi.

Beliau dakwaan bahawa tindakannya yang menangis selepas membaca surat Ibas Hamud, 77, pesawah dari Sungai Besar dalam majlis pelancaran buku Hala Tuju kementerian itu di Serdang, semalam.

Beliau isi kandungan surat tersebut mempengaruhi jiwanya sekali gus membuatkan beliau menangis.

Salahuddin menegaskan, sebagai seorang lelaki, bukan mudah untuk beliau menangis, namun apabila diberi surat dan video ditayangkan, surat itu merupakan tulisan daripada kumpulan yang memang menanti untuk ditolong.

Beliau berkata, berdasarkan fakta, petani dan nelayan di negara ini, selepas 60 tahun masih berada di dalam kelompok B40 sekali gus memikirkan cara terbaik untuk membantu mereka.

“Itu yang saya merintih sembilan bulan. Bagaimana saya harus berjuang untuk keluarkan mereka. 60 tahun dulu, tak boleh nak keluarkan. Saya sembilan bulan, saya rasa apa saya nak buat?,” katanya.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, tiada apa yang beliau boleh lakukan sekiranya pihak di luar melihat tangisannya itu satu lakonan atau sekadar untuk meraih simpati. - UTUSAN ONLINE