Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki berkata, kritikan yang diterima Presiden UMNO selama ini bukanlah sekadar kritikan, malah membabitkan fitnah dan tohmahan yang bersifat peribadi.

“Bagaimanapun, saya kira beliau (Najib) bersedia untuk memaafkan dan melupakan segala persengke­taan demi agenda parti yang lebih besar iaitu memartabatkan Islam, Melayu dan tanah air kita.

“Perkara itu menzahirkan betapa Pre­si­den UMNO seharus­nya diberi kepercayaan dan taat setia oleh seluruh rakyat,” katanya kepada pemberita ketika melawat bilik operasi Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu, mesej paling penting yang disampaikan oleh Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini adalah kepentingan ahli parti untuk kembali mengukuhkan saf.