Bagi tujuan itu, mereka telah menghasilkan sebuah gerbang langit gergasi yang diperbuat daripada 50 keping bendera BN sepanjang lima meter di laluan masuk ke bilik gerakan tersebut.

Kesemua bendera itu disusun serta dijahit secara bergotong-royong sejak semalam, lalu dikepilkan bersama tali sebelum dinaikkan dan diikat pada tiang lampu dan buluh kira-kira pukul 5 petang ini.

Menurut ketua bilik gerakan itu, Mohd. Yusri Yusop, idea menghasilkan gerbang lelangit itu datangnya daripada seorang penduduk di Kampung Alor Tok Terang.

“Kerja-kerja dilakukan secara bergotong-royong bagi merapatkan hubungan persaudaraan sesama kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Yusri menasihatkan para penduduk di kampung berkenaan agar berpolitik dengan matang dan tidak bermusuh sesama mereka khususnya kepada parti lawan. - UTUSAN ONLINE