Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pendirian DAP hipokrit

Pendirian DAP hipokrit
IRMOHIZAM

KUALA LUMPUR 18 Mac - Perjuangan DAP terbukti bersifat hipokrit semata-mata dalam pendirian parti itu berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, parti itu bersungguh meyakinkan pengundi kaum Cina bahawa segala berkaitan agenda Islam termasuk usul Rang Undang-undang 355 (RUU 355) tidak ada kaitan langsung dengan mereka.

Namun, katanya, setelah hubungan DAP dengan Pas telah terputus, DAP kini membuat pusingan U dan menentang usaha yang mahu dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Malangnya pada hari ini, mereka dilihat lebih agresif pula untuk menentang usul persendirian itu. Lebih mengecewakan lagi, Lim Kit Siang juga cuba mengeksploitasi RUU 355 itu yang tidak boleh mengheret orang bukan Islam tetapi cuba menakut-nakutkan orang bukan Islam serta mengelirukan rakyat.

“Tindakan pihak pembangkang ini terbukti hanya mahu menagih undi dengan mengelirukan pengundi. Rakyat harus berwaspada dengan sikap pembangkang yang semakin terdesak dan pelik apabila banyak membuat ‘u-turn’ dalam segala hal,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain