HASSAN NUDIN A. HAMID

Ketua Sektor Operasi Pendi­di­kan Islam Kementerian Pendidikan, Hassan Nudin A. Hamid berkata, antara inisiatif yang dilakukan kementerian untuk melaksanakan Pendidikan Agama secara terus ialah melalui penubuhan sekolah menengah agama (SMA) sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan kelas aliran agama.

“Selain melalui sekolah agama ini, kita juga mempunyai sistem pembelajaran j-QAF yang memberi penekanan terhadap jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain di sekolah aliran kebangsaan.

“Empat perkara di atas sering dikehendaki ibu bapa supaya diberi penekanan terhadap anak-anak mereka agar sahsiah mereka dekat dengan agama,” katanya dalam sidang akhbar di gerai Kementerian Pendidikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hassan Nudin berkata, tahap penguasaan bahasa jawi dalam kala­ngan murid-murid di peringkat persekolahan dalam keadaan memuaskan.

Kata beliau, pihaknya sentiasa mengemas kini murid-murid supaya mereka boleh membaca dan menulis jawi dengan lancar bermula di peringkat sekolah lagi.

“Kita menggunakan pende­ka­tan iaitu mereka yang tidak boleh membaca bahasa jawi akan dibawa ke kelas khas dan dilatih sehingga mereka boleh menguasainya.