Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan keyakinan itu dengan budaya dalam parti yang akan mengikut langkah yang diputuskan oleh kepemimpinan.

Kita bukan sahaja menjemput UMNO (ke Muktamar Pas) tetapi tetapi juga parti lain termasuk MCA, MIC dan parti kerajaan," ujar beliau kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam muktamar yang bakal berlangsung mulai 14 September ini di Kuala Terengganu, Abdul Hadi akan menyampaikan ucapan dasar yang bakal menyentuh kerjasama politik baharu.

Persoalan itu dalam landskap politik yang berubah dijangka akan menjadi perhatian utama dalam muktamar kali ini.

Menyentuh mengenai tanggapan PKR bahawa kerjasama Pas-UMNO secara jelas akan membantu Pakatan Harapan menguasai pantai timur dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak, Abdul Hadi berkata, itu hanya angan-angan.

"Dulu pun (PRU-14) mereka kata Kelantan dan Terengganu kita kosong (kalah). Itu hanya angan-angan," ujarnya.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini berkata, berdasarkan kaji selidik, senario itu akan mengubah pola politik terutama di Kelantan dan Terengganu apabila rakyat akan beralih mengundi PKR kerana pengundi Melayu tidak begitu 'senang' atau selesa dengan kerjasama UMNO-Pas. - UTUSAN ONLINE