Menggelarkan dirinya Kalam Biru, anak muda dari Sungai Besar itu berkata, dia berasa amal kesal kerana membenci dan mengkritik Najib melalui lagu-lagunya sebelum ini.
 
"Saya rasa kesal kerana lagu-lagu yang saya cipta sebelum ini digunakan untuk mengkritik dasar kerajaan dahulu dan bekas Perdana Menteri tanpa menyelidik perkara sebenar terlebih dahulu," katanya.

Mengambil fenomena ungkapan Malu Apa Bossku yang diungkapkan Najib, Kalam Biru menghasilkan sebuah lagu rap yang kini sudah mendapat lebih 104,000 kali jumlah tontonan di YouTube.

Jelas Kalam Biru, idea untuk mengadaptasikan ungkapan Najib itu menerusi lagu adalah bagi menyampaikan mesej isu semasa yang gagal ditangani kerajaan sekarang.

"Lagu berdurasi satu minit 23 saat yang tular di media sosial itu sebenarnya hanya mengambil masa dua jam untuk dihasilkan.

"Bagaimanapun, itu hanya sebahagian daripada lagu asal yang berdurasi kira-kira tiga minit," katanya.

Katanya, sebahagian lagu itu tidak disiarkan lagi kerana perlu mencipta irama dan penceritaan isu semasa dengan lebih baik agar dapat memberikan kesan lebih mendalam kepada pendengar.