Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohd Noor berkata, setiap perwakilan perlu yakin bahawa suratkhabar itu adalah wadah utama penyebaran maklumat dan bukan sahaja sebagai aset parti itu semata-mata.

“Pemuda UMNO perlu terus membeli Utusan Malaysia memandangkan suratkhabar itu adalah aset terakhir yang kita ada.

“Siapa lagi ingin menaikkan aset kita, kalau tidak bukan kita sendiri,” ujarnya ketika sesi perbahasan Pemuda UMNO ketika sesi Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.- UTUSAN ONLINE