Ketuanya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham berkata, kejayaan remaja berusia 20 tahun itu menjadi kebanggan dan mengharumkan nama jajahan ini.

Beliau berkata, malah kejayaan mencatatkan 5 Prinsipal A bagi setiap subjek diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan, Geografi dan Ekonomi dalam peperiksaan tersebut menjadi inspirasi kepada pelajar lain.

“Kegigihan Dhivya berulang alik sejauh 60 kilometer dengan menununggang motosikal setiap hari ke sekolah untuk menimba ilmu dan kehidupan yang serba kekurangan membuktikan sikapnya yang sentiasa positif untuk berjaya walaupun terpaksa menempuh pelbagi cabaran.

“Kita harus mencontohi dedikasi Dhivya mendapat keputusan yang cukup cemerlang ni,” katanya di sini hari ini.

Anak pasangan penoreh getah itu dan rakannya Wee Chin Seng dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) telah diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM 2018 baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE