KHAIRUL AZWAN
KHAIRUL AZWAN

Dalam pemilihan yang diadakan sempena persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat hari ini, Khairul Azwan menerima 113 undi mengatasi pencabarnya termasuk Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang hanya mendapat 26 undi.

Sementara itu, tiga calon jawatan itu, Abdul Razak Mohamed Yusof mendapat 12 undi manakala Mohd. Shahar Abdullah menerima 19 undi diikuti Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan yang hanya memperoleh tiga undi.

Bagaimanapun, empat lagi calon iaitu Imbran Afham Armen, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, Mohd. Noor Izzat Mohd. Johari dan Syed Rosli Syed Harman masing-masing tidak menerima sebarang undi.

Sebanyak 183 kertas undian dikeluarkan namun hanya 173 undi yang disahkan manakala 10 kertas undi rosak. - UTUSAN ONLINE

Keputusan Pemilihan Ketua UMNO Malaysia peringkat UMNO Bahagian Kuala Langat
1. Khairul Azwan Harun - 113 undi.
2. Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki - 26 undi.
3. Mohd. Shahar Abdullah - 19 undi. 
4. Abdul Razak Mohamed Yusof - 12 undi. 
5. Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan - 3 undi.
6. Imbran Afham Armen - 0 undi. 
7. Datuk Seri Jamal Md. Yunos - 0 undi. 
8. Mohd. Noor Izzat Mohd. Johari - 0 undi.
9. Syed Rosli Syed Harman - 0 undi.