NOOR HARIRI MOHAMED NOOR
NOOR HARIRI MOHAMED NOOR

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan kelemahan dan ketidak telusan siasatan serta pendakwaan yang melibatkan individu penting dalam pentadbiran negara pada hari ini.

Menurutnya, SPRM sebagai badan penguatkuasaan yang penuh berintergriti seharusnya bertegas dalam kes berkenaan kerana telah menjalankan siasatan rapi.

“Saya lihat SPRM bagaikan sudah hilang integriti dan selayaknya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull perlu bertangunggjawab dalam hal ini.

“Bukan itu sahaja, keputusan penarikan balik kes oleh pihak Pejabat Peguam Negara adalah sangat memalukan Kerajaan Malaysia yang sangat menitikberatkan “rule of law” dalam mentadbir negara ini,” katanya.

Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang melepas dan membebaskan Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon daripada dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Noor Hariri memberitahu, penarikan itu jelas menunjukkan pihak SPRM tidak mampu menyakinkan pihak Peguam Negara dengan segala bukti yang ada agar kes ini diteruskan.

Katanya, pendakwaan kes tersebut perlu diteruskan dan dibuktikan tidak bersalah secara perundangan dan bukannya dengan kaedah seperti ini. - UTUSAN ONLINE