Ketuanya, Mohd. Azam Ismail berkata, melalui program itu, pihaknya akan membuka kaunter pendaftaran pemilih dalam usaha meningkatkan lagi tahap kesedaran mengundi khususnya melibatkan golongan muda.

“Kita akan menjelajah ke seluruh negeri untuk menemui golongan muda dan ini merupakan sebahagian daripada gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal BN 1Malaysia Kelantan 2017 di KB Arena Futsal di sini hari ini.

Sebanyak 100 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang bertujuan merapatkan hubungan antara ahli pemuda parti kompenenan BN Kelantan. - UTUSAN ONLINE