SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABDIDIN
SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABDIDIN

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu adalah semata-mata ingin bermain perang psikologi dan ingin meraih sokongan dalam kalangan rakyat Kedah.


“Umum sedia mengetahui keadaan dan kegoyahan PPBM pada waktu dan ketika ini. 


“Di Kedah sendiri sudah ramai ahlinya yang sudah hilang kepercayaan dan keyakinan. Pemuda Kedah ingin mempersoalkan tak sampai setahun kenapa sudah ada kepimpinan parti yg menjadi teraju utama penubuhan sudah keluar parti? Dan pada masa yg sama apa sumbangan PPBM kepada Pakatan Harapan itu sendiri? Siapa yang menumpang siapa?” soalnya di sini hari ini.


Katanya, persoalan itu dijawab sekiranya PPBM berhasrat utk menjadi tonggak Pakatan Harapan di Kedah. 


“Bagi Pemuda UMNO Kedah untuk menjadi ketua atau peneraju sesebuah pakatan politik, parti itu sendiri perlu mempunyai keupayaan untuk menang dan memimpin bukannya sekadar melihat kepada jumlah kehadiran penonton diceramah sebagai ukuran utama,” katanya.-UTUSAN ONLINE