Yamani Hafez Musa

Ketuanya, Yamani Hafez Musa berkata, pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet tidak mengganggu jawatan beliau di peringkat parti.

Malah menurutnya, keputusan pengguguran itu adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan pasukan Kabinet beliau mantap menghadapi cabaran akan datang.

“Beliau masih lagi Timbalan Presiden UMNO. Kita menghormati beliau selaku pemimpin nombor dua dalam parti,” katanya dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau dan isteri di sini hari ini.

Pada majlis itu, kira-kira 500 mahasiswa tempatan yang menuntut di negeri ini, Semenanjung dan Indonesia berpeluang meraikan sambutan Aidilfitri bersama-sama beliau.

Mengulas mengenai Kabinet baharu itu, Yamani Hafez menyifatkan pelantikan dua pemimpin baharu dari Sabah dalam barisan Kabinet yang diumumkan Najib membuktikan keupayaan pe­mimpin negeri ini dalam membantu memperkasa pentadbiran negara.

Kata beliau, Pemuda UMNO berharap pelantikan Senator Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak dan Datuk Wilfred Madius Tangau itu mampu melaksanakan tugas di portfolio masing-masing dengan amanah dan mengutamakan isu-isu negara serta kebajikan rakyat.

“Walaupun kita mempunyai kekura­ngan satu jawatan timbalan menteri tetapi Pemuda UMNO berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengekalkan kuota menteri dari Sabah.

“Kita juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pemimpin ini atas pelantikan itu. Pelantikan Wilfred dipilih atas kapasiti beliau selaku Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO),” katanya.