Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan itu ekoran beberapa kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar itu yang telah menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam di negara ini.

Menurutnya, sejak Pakatan Harapan (PH) pemimpin kerajaan persekutuan sudah empat kali tokoh dari Parti Amanah Negara (Amanah) itu mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Islam yang telah membangkitkan polemik dalam kalangan masyarakat.

"Bermula dengan Hifzuddin, kemudian lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), isu Dr. Zakir Naik dan terbaru khalwat.

"Dalam isu khalwat ini, saya lihat apa yang disimpulkan oleh pihak media ini datang daripada pemahaman mereka (media)," katanya.

Tambahnya, sekiranya kenyataan itu tidak benar Pemuda Pas mencabar Naib Presiden Amanah itu menyaman akhbar berkenaan.

Ahmad Fadhli memberitahu, tindakan itu bagi membersihkan nama Dr. Muhajid sekiranya perkara tersebut tidak benar. 

Terdahulu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas meluangkan masa menyantuni mangsa kebakaran Kuarters Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Pasir Mas di Kampung Kubang Terap di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.55 malam itu, sebanyak empat buah rumah hangus dalam kebakaran tersebut. -UTUSAN ONLINE.