Perwakilan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu, Adnan Wazir yang membentangkan usul tersebut berkata, tindak-tanduk PKR yang bersekongkol dengan musuh Pas sejak kebelakangan ini amat mengecewakan.

Lebih mengecewakan kata beliau, tindakan sesetengah pimpinan PKR yang sanggup berkongsi pentas ceramah dengan PAN serta menyerang dan memburuk-burukkan Kerajaan Pas Kelantan.

“Dewan Pemuda Pas Kota Bharu mengusulkan supaya Pas Pusat segera menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR dan mengkaji kerjasama dengan PPBM sebagai ganti,” katanya.

Muktamar Dewan Pemuda Pas Kelantan Ke-58 yang berlangsung di Maahad Syamsul Maarif Libanat, Pulai Chondong, dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - UTUSAN ONLINE