Khairil Nizam Khiruddin
Khairil Nizam Khiruddin

Timbalan Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khiruddin berkata, langkah itu bertujuan menyelesaikan konflik-konflik dan dilema membabitkan orang Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku perbalahan pada masa akan datang.

Katanya, langkah tersebut juga dapat melindungi kepentingan orang Islam selain memelihara kepentingan rakyat bukan Islam di negeri-negeri.

“Tindakan ini akan memperkasa mahkamah syariah.

“Bukan sekadar kita memberi keadilan kepada orang Islam, tetapi juga kepada bukan Islam dalam perkara-perkara tertentu seperti yang ditetapkan dalam mahkamah syariah,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu Mahkamah Persekutuan yang memutuskan penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf mereka hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir guru tadika, M. Indira Gandhi yang mencabar tindakan bekas suaminya, Mohd. Ridhuan Abdullah menukar agama tiga anak mereka, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa. - UTUSAN ONLINE