Beliau berkata, Pas tidak memerlukan pemimpin seperti itu yang takut dan menyerah kalah setelah dirasakan sukar dan lama untuk menunggu kemenangan bagi mendapatkan kedudukan.

Abdul Hadi menyimpulkan bahawa Pas hanya belum menang  dan tidak kalah kerana dengan perjuangan yang tidak pernah terhenti.

“Hanya ada dalam kalangan manusia yang menyerah kalah akan mengaku kalah kerana tidak istiqamah dengan Pas, kerana cabaran yang tidak tertanggung oleh dirinya sebab penyakit gila pangkat.

“Betapa mereka yang lari daripada perjuangan laksana ranting patah yang dipacak ke bumi, hanya menghijau beberapa hari sahaja selepas itu mati kering, daunnya gugur dan hilang sepanjang zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-64, di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, Pas berpengalaman menghadapi pelbagai cabaran tetapi perjuangan parti itu terus berkembang.

“Tetapi Pas bertambah ahli dan penyokongnya serta berkembang ke seluruh pelusuk tanah air sehingga menyeberang lautan ke Sabah dan Sarawak.

“Akar umbi Pas adalah berasaskan akidah demi mendapat keredaan Allah walaupun jauh perjalanan dunia dan akhirat berdeza dengan teori dan ideologi ciptaan manusia yang hanya  mahu mengejar cita-cita yang difikirkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE