Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, sekiranya tiga sikap itu diterapkan dalam diri pemimpin UMNO ia dikhuatiri akan membangkitkan rasa marah rakyat.

"Kebanyakan rakyat mengundi kerana mereka sering melihat persekitaran sekeliling. Sekiranya mereka marah dengan pemimpin, sekaligus memberi kesan kepada parti kerana dalam prinsip kepimpinan, pemimpin dan parti tidak boleh dipisahkan.

"Oleh itu, mereka jangan bersikap sombong, berlagak dan kedekut. Tidak semestinya wang ringgit tetapi dengan senyuman dan memberi penerangan kepada rakyat sudah mencukupi.

"Namun harus diingat, turun padang sahaja tidak mencukupi kerana mereka perlu menguruskan masalah dan tohmahan dengan baik," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kapar Kali Ke-29 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.-UTUSAN ONLINE