Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada calon-calon bertanding iaitu Halimey Abu Bakar daripada PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH), sementara Dr. Halimah Ali daripada Pas.

Antara yang hadir bagi memberi sokongan ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Selain itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Lokman Noor Adam; Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad serta dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. - UTUSAN ONLINE