KERATAN <I>Mingguan Malaysia</I> 11 Mac 2018.
KERATAN <I>Mingguan Malaysia</I> 11 Mac 2018.

Perdana Menteri secara sinis ber­kata, pemimpin parti pembangkang itu mendapat undi di Selangor tetapi membiarkan rakyatnya berdepan dengan masalah tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mempersoalkan bagaimana keperluan asas seperti itu tidak mampu diselesaikan tetapi bercita-cita ingin mentabdir negara.

“Semalam Menteri Besar Selangor cuba mengaitkan hutang negara dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi masalah air di sana (Selangor) lebih kritikal. Kita belum rugi (1MDB) kita ada aset lebih pada hutang.

“Selangor ini beri undi kepada Pakatan Harapan, Pakatan Harapan dapat undi, biarkan rakyat tidak mandi...Soal air ini pun tidak boleh selesai. Bagi peluang kepada kita di Selangor, kita akan selesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya BN negeri di Dewan 2020 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim; timbalannya, Datuk Seri Azlan Man; Pengerusi MCA negeri, Datuk Chua Tee Yong dan seluruh barisan kepemimpinan BN nege­ri.

Serentak dengan itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM9 juta untuk tiga Parlimen di negeri ini bagi menjalankan projek-projek kecil

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, seluruh jentera parti perlu sentiasa bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar menjadi milik BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Insya-Allah kita boleh menang tetapi kita mahu kerajaan yang kuat. Kita tidak boleh anggap semuanya berada dalam genggaman dan sebab itu kita perlu bekerja kuat,” katanya.