Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pergaduhan yang berlaku pada pukul 11 pagi itu mengakibatkan salah seorang daripada mereka cedera akibat dipukul dengan kayu.

"Bagaimanapun, siasatan mengenai punca pergaduhan itu sedang dilakukan dan polis akan melakukan beberapa orang lagi tangkapan kerana melakukan pergaduhan di situ," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan menggunakan kayu hingga menyebabkan kecederaan dalam sebarang mesyuarat atau sebagainya adalah menjadi satu kesalahan.

"Pemilihan pemimpin PKR peringkat pusat cabang Sungai Petani turut diadakan di Dewan Beng Siew Pekan Lama Jalan Kuala Ketil di sini tetapi tidak mencetuskan pergaduhan tetapi di Cabang Merbok berlaku hingga kecederaan," katanya.

Pemilihan Ketua Cabang Merbok melibatkan Zikri Md. Zain, R. Sammugam dan Dr. R. Krishnamoorthy. - UTUSAN ONLINE