Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din menepis dakwaan kononnya berlaku kehilangan beribu-ribu undi akibat kegagalan sistem pengundian elektronik atau e-undi yang digunakan dalam pemilihan parti.

RASHID DIN
RASHID DIN 

“Ada beberapa kes, pengundi itu hanya mahu memilih calon jawatan Ketua Cabang, tetapi mereka tidak mahu memangkah mana-mana calon yang bertanding merebut jawatan Pusat.

“Sebab itu kadangkala jumlah undi terkumpul bagi jawatan Ketua Cabang dan jawatan Pusat tidak sama. Bukannya berlaku kehilangan data,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan beberapa calon yang membidas sistem e-undi dengan mewujudkan keraguan kononnya telah mempengaruhi keputusan pemilihan PKR.

Rashid berkata, JPP mengamalkan sikap terbuka dan sekiranya mendapati memang berlaku kehilangan data, pihaknya akan membatalkan keputusan pemilihan dan mengadakan semula proses undian seperti di Melaka yang terpaksa diadakan semula pada 11 November ini.