Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu berkata, pemilihan tersebut juga menjadi tempat untuk MCA menyatakan pendirian dan referendum mereka berkenaan keputusan penyatuan kedua-dua parti berkenaan.

“Esok menjadi peluang terbaik yang memerlukan suara majoriti perwakilan untuk membina semula MCA dengan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

“Pendirian saya jelas.Jika menang sebagai Presiden MCA, kita akan bersendirian kerana kita tidak boleh bekerjasama dengan parti radikal (Pas),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE