Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR , Ismail Yusof berkata, pengundian di cabang Alor Setar, Sungai Petani, Sik, Baling dan Kulim/Bandar Baharu terpaksa ditunda sehingga tarikh baharu ditetapkan kelak.

“Ini kerana ketua pengawas di pusat pengundian di cabang terbabit tidak boleh mengakses kata laluan untuk masuk ke dalam sistem.

“Setelah berbincang dengan calon-calon di cabang terlibat, mereka bersetuju untuk menangguhkan pemilihan yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ismail, pemilihan tersebut juga ditunda kerana mahu mengelak berlakunya ketegangan serta terdapat ahli PKR di kawasan cabang terlibat bertindak pulang ke rumah masing-masing selepas proses pengundian tertangguh lebih dua jam.