ZULKARNAIN MAHDAR
ZULKARNAIN MAHDAR

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, hal ini terbukti apabila hampir kese­mua calon mewakili bumiputera telah ka­lah, melainkan Ahli Par­limen Bukit Bende­ra, Zairil Khir Johari yang mendapat seba-nyak 649 undian.

Katanya, kemenangan Zairil ha­nya meletakkannya di tempat ke-19 daripada 20 jawatankuasa tertinggi CEC DAP.

“Perwakilan berjumlah 1,376 yang datangnya telah menghantar mesej yang cukup jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa DAP sebenarnya adalah sebuah parti untuk kaum Cina sahaja dan perkara ini harus dihormati oleh semua pihak termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahad lalu, sebanyak 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 orang perwakilan DAP yang layak mengundi hadir dalam pemilihan semula CEC parti itu yang berlangsung di Shah Alam, dekat sini.

Jumlah tersebut diumumkan oleh seorang wakil dari firma perunding Grant Thornton yang mana beliau turut memaklumkan berlaku kemerosotan kehadiran yang tinggi berban­ding 1,725 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 2013.

Perwakilan yang layak mengundi dalam CEC kali ini juga berkurang daripada 2,576 kepada 2,514. Ini berikutan seramai 62 perwakilan tidak layak mengundi kerana keluar parti, meninggal dunia dan diisytihar muflis.

Keputusan undian menunjukkan kebanyakan barisan kepe­mimpinan lama kekal menerajui parti itu kecuali hanya dua muka baharu yang dipilih.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang di­­lihat mendahului senarai un­­di tertinggi dengan memper­oleh 1,199 undi, sekali gus me­ngekalkan kedudukannya dalam barisan kepemimpinan parti pem­bangkang itu.

Turut kekal dalam senarai ialah anaknya, Lim Guan Eng serta anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo apabila masing-masing memperoleh 1,180 dan 1198 undi.

Kata Zulkarnain, walaupun wujud gerakan halus sesetengah pemimpin tertinggi DAP untuk membawa masuk pemimpin bu­miputera menjadi ahli DAP, namun gerakan itu masih tidak mampu mengubah keinginan keseluruhan majoriti perwakilan yang dilihat menolak konsep parti pelbagai kaum.

“Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah keluar daripada DAP dan yang terkini wakil rakyat Kepayan, Edwin Bosi juga mengambil tindakan serupa yang menguatkan lagi andaian bahawa DAP sememangnya adalah sebuah parti yang sesuai untuk kaum tertentu sahaja,” ujarnya.

Tambah Zulkarnain, pemim­pin-pemimpin DAP termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh berhenti menyifatkan parti DAP sebagai sebuah parti untuk semua kaum.

‘‘Pemilihan semula CEC DAP jelas menunjukkan haluan sebenar DAP yang diinginkan majoriti perwakilannya,’’ katanya.