Bekas Ketua PKR cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika rakyat dalam ‘mood’ perubahan yang tinggi, kehadiran Perdana Menteri paling lama memerintah negara itu hanya dilihat menghancurkan legasi yang dibina Pakatan Harapan selama ini.

“Sesungguhnya, Dr. Mahathir adalah satu beban besar yang perlu dibawa pembangkang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Badrul Hisham yang juga pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menambah, Pengerusi PPBM yang dibubarkan sementara itu, sebenarnya ‘baggage’ kepada perubahan dan agenda reformasi yang hendak dibawa kepada rakyat. - UTUSAN ONLINE