HASNI MOHAMMAD
HASNI MOHAMMAD 

Beliau yang juga Pengerusi UMNO negeri berbuat demikian kerana kecewa dengan penterjemahan maksud sebuah kerajaan demokratik yang dilaungkan pemerintah baharu.

Katanya, hal itu kerana wakil rakyat pembangkang tidak dibenarkan menghadiri mana-mana majlis anjuran kerajaan dan agensi di bawahnya. 

“Kita tidak akan demokratik dan terbuka jika peranan pembangkang sekadar diiktiraf dengan hanya sebuah bilik namun implementasi serta amalannya berlawanan. 

“Apabila kerajaan gagal mengiktiraf pembangkang, jadi apalah maknanya mempunyai sebuah pejabat dan diberikan elaun bulanan,” soalnya. 

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. 

Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) sebelum ini memberikan sebuah bilik kepada ketua pembangkang dan elaun bulanan RM3,000 sebagai bukti mengiktiraf peranan pembangkang di negeri ini. - UTUSAN ONLINE