Mahdzir Khalid

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, berdasarkan tindak-tanduk emosional itu, parti yang menganggotai pakatan tersebut tidak boleh dianggap parti pembangkang, sebaliknya lebih layak digelar parti pembenci.

Sebagai contoh, katanya, pakatan terbabit mendakwa pelaburan asing yang masuk ke negara ini menerusi Tun Razak Exchange (TRX) serta pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai perbuatan menjual negara biarpun memberi manfaat kepada rakyat

“Saya rasa pelik apabila melihat pakatan dipimpin DAP namun diterajui Tun Dr. Mahathir ini hendak kata semua kerajaan buat tidak betul. Setiap perkara dibuat didakwanya sebagai mahu jual negara.

“Kamu sebagai parti politik pembangkang, jadilah profesio­nal, jangan jadi parti kebencian. Dr. Mahathir pun sudah termasuk ke dalam politik kebencian ini. Tengok UMNO benci, tengok Perdana Menteri benci, tengok Timbalan Perdana Menteri pun benci,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datuk Rahimah Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman; Ketua Wanita UMNO bahagian, Zurina Ripin dan Ketua Pemuda bahagian, Muhammad Yusri Ismail.

Dalam pada itu, Mahdzir ber­kata, pakatan pembangkang perlu henti mengamalkan politik kebencian kerana pendekatan tersebut tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum se­perti Malaysia.

Terdahulu Zawawi dalam ucapannya meminta pemimpin di pe­ringkat akar umbi menguatkan saf dan perpaduan bagi melawan seteru politik dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.