Musa Aman
Musa Aman

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kegagalan itu disebabkan oleh sikap sebenar mereka yang mempunyai niat dan agenda peribadi berbanding keikhlasan dalam perjuangan.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata, situasi itu berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mempunyai kesepakatan dan tolak ansur dalam menyelesaikan pelbagai isu melibatkan rakyat.

“Saya selalu berpesan kepada ahli BN mahupun UMNO bahawa jangan ragu dengan kepimpinan parti kerana kita adalah tunjang kepada kekuatan negara serta rakyat.

“Kita bukan se­perti pembangkang sebagai contoh pemimpin Warisan, beliau adalah bekas ahli BN yang berpengaruh dan mempunyai jawatan tinggi tetapi menderhaka kepada parti kerana tamak dan gila kuasa,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran di Dewan Seri Sulaman di sini pagi ini.

Yang hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tuaran merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor; Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose; Pemangku Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Yaakub Khan dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih.

Dalam persidangan tersebut, para perwakilan turut meluluskan usul menyokong ke­pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN dan Musa sebagai Ke­tua Menteri serta Pengerusi BN ne­geri.

Musa menambah, perjuangan membe­la nasib rakyat dan memastikan pembangunan negara dilaksanakan secara berterusan menjadikan BN sentiasa relevan sebagai parti pemerintah.

Kata beliau, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN juga semakin kukuh walaupun pembangkang terus memfitnah serta memperkenalkan pelbagai dasar baharu untuk menarik perhatian mereka.

“Sehubungan itu, saya mahu semua pemimpin dan ahli UMNO merapatkan saf dan be­kerja dalam satu pasukan bagi membolehkan kita mewarisi tampuk pemerintahan ini agar kelangsungan serta kebajikan rakyat terus terbela,” katanya.