Felo Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, pembelian penonton merupakan salah satu taktik bagi menagih simpati atau pengaruh pada saat-saat akhir berkempen.

Katanya, tindakan itu sebenar­nya merupakan tindakan ter­desak pihak parti politik untuk memancing undi, selain sebagai salah satu cara membetulkan ke­silapan-kesilapan yang telah dilakukan mereka.

“Berdasarkan pemantauan sa­ya dalam tempoh terdekat ini, pembelian penonton Facebook Live boleh berlaku dan ini adalah tarikan untuk penonton memberi lebih Like dan Share yang menarik band wagon (populariti membuta tuli) yang banyak.

“Pembelian ini serupa dengan pemberian produk secara percuma. Satu aliran yang senang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebanyak empat laman sesawang yang menawarkan penjualan penonton Facebook Live iaitu https://thesocialmarketeers.org/buy-facebook-live-feed-viewers, https://sharefans.com/facebook-live-stream-views, https://socialyup.com/buy-facebook-live-views dan https://authorityme.com/buy-facebook-live-views.

Noor Nirwandy menasihatkan pengguna-pengguna Facebook su­­paya menyedari mengenai taktik tersebut, selain tidak mudah terpengaruh dengan kempen atau ceramah menerusi Facebook Live yang dibeli jumlah penontonnya.

Sehubungan itu beliau memberitahu, pengundi dan pelayar media sosial harus lebih peka dan melihat perkara itu secara kritikal.

“Pastikan pengundian dila­kukan berdasarkan manifesto fal­safah dan ideologi parti yang mendominasi sesuatu gabu­ngan seperti DAP dalam gabungan pembangkang PKR dan UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

“Inilah asas pengundian dalam demokrasi matang. Bukan berdasarkan jumlah dan emosi ke­terujaan membuta tuli,” ujarnya.

Tambah Noor Nirwandy, tindakan membeli jumlah penonton Facebook Live boleh disimpulkan berdasarkan satu teori iaitu cuba mewujudkan kemenangan jiwa atau rasa menang dan berkuasa di media sosial.