Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pembangkang akui Felda berjaya ubah taraf hidup

Amizar ABU ADAM bersama sekumpulan belia mengadakan bantahan terhadap
AMIZAR ABU ADAM bersama sekumpulan belia mengadakan bantahan terhadap Konvensyen Warga Felda 2017 di hadapan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, semalam. UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH

SHAH ALAM 19 Mac – Pakatan pembangkang menunjukkan pen­­dirian tidak konsisten mereka da­­lam isu Felda apabila dua pe­mim­pinnya tampil mengakui bahawa agensi itu berjaya meningkatkan taraf hidup para peneroka di negara ini.

Pengakuan itu dinyatakan Ahli Parlimen Raub daripada DAP, Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz apabila beliau berkata, kehidupan peneroka Felda ketika ini sangat berbeza jika dibandingkan pada zaman dahulu yang menyaksikan golongan tersebut hidup dalam serba kekurangan.

“Di tempat saya sendiri di Ra­ub, kehidupan para peneroka di tanah rancangan Felda di sana banyak berubah. Dulu hidup susah, tinggal di rumah kayu...tetapi kini ada banglo, ada ladang 10 ekar dan ada pekerja untuk kait buah.

“Mereka kini hanya banyak masa duduk santai di kedai kopi,” katanya ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Konvensyen Warga Felda 2017 yang dianjurkan pakatan pembangkang di Dewan Jubli Perak, Kompleks Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Felda seperti gagal menjaga kebajikan pene­roka di negara ini sehinggalah kepada dakwaan kononnya agensi itu muflis.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat pakatan pembangkang, Datuk Saifuddin Abdullah pula mengakui dasar serta program pendidikan yang dilaksanakan Felda telah berjaya me­ngubah kehidupan anak-anak para peneroka generasi pertama menjadi lebih baik.

Malah, beliau turut menyifatkan kerajaan Pusat telah memberi tumpuan yang serius dalam membangunkan pendidikan anak-anak golongan itu termasuk­lah menyalurkan peruntukan yang besar untuk usaha berkenaan.

“Kita tidak boleh katakan bahawa Felda tiada program pendidikan untuk anak-anak para peneroka kerana mereka mempunyai banyak program pemba­ngunan pendidikan.

“Felda mempunyai jabatan sekolah kebangsaan dan mene­ngah, jabatan pengajian tinggi, kolej untuk anak-anak Felda. Masalahnya kini ialah dasar itu perlu diperluaskan dan ditambah baik lagi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain